Online Training:- 5S – Pengurusan Pengemasan Praktikal by Devindran A/L Raju
Date: 24 August, 2021 (Tuesday)
Time: Total 7 Hours:- Session 1 (Tuesday): 9:00am to 1:00pm Session 2 (Tuesday): 2:00pm to 5:00pm
Venue: ON LINE TRAINING
Introduction:
5S adalah kaedah mengorganisasikan tempat kerja yang menggunakan senarai lima (5) perkataan Jepun: Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. 5S menyediakan kaedah untuk mengurus, membersih, mengatur dan mengekalkan persekitaran kerja yang produktif. Dalam kerja-kerja seharian syarikat, rutin yang mengekalkan pengemasan dan keteraturan adalah penting untuk kelancaran dan kecekapan aktiviti. Metodologi ini menggalakkan pekerja untuk memperbaiki keadaan kerja mereka dan membantu mereka untuk belajar untuk mengurangkan sisa, masalah yang tidak dirancang, dan dalam proses inventori disamping bekerja di dalam persekitaran yang kemas. 5S adalah satu sistem visual berorientasikan kebersihan dan susunan yang direka untuk mencapai  produktiviti, keselamatan, dan kualiti yang lebih baik. Apabila dilaksanakan sepenuhnya, proses 5S meningkatkan semangat, mewujudkan tanggapan yang positif pada pelanggan, dan meningkatkan kecekapan organisasi. 

Selain daripada peningkatan produktiviti, meningkatkan kualiti, mengurangkan kos, 5S juga menyumbang untuk penghantaran pada masa yang tepat, meningkatkan keselamatan dan meningkatkan semangat. 5S adalah satu konsep tindakan bersepadu, dan satu budaya untuk diikuti. Untuk mendapatkan kejayaan yang paling besar, sifat dan implikasi setiap "S" perlu difahami oleh setiap pekerja daripada peringkat atas ke bawah dan hendaklah sentiasa diamalkan.
Objectives:
Di akhir kursus 1 hari, para peserta berpeluang untuk:

1. Memahami definasi dan maksud setiap “S” secara mendalam
2. Menyedari kepentingan 5S dalam menigkatkan Productiviti, Kualiti, Kos, Disiplin, Keselamatan, Moral dan imej organisasi
3. Merancang dan mempraktikkan 5S di tempat kerja.
4. Mengendalikan Latihan dan Audit 5S
5. Menjalankan tindakan penambahbaikkan selepas audit
Program Content:
Modul 1 : Definisi

1.1 Latar belakang 5S
1.2 Penjelasan setiap “S”
1.3 Objektif dan Tujuan 5S

Modul 2: Kepentingan 5S

2.1 Sumbangan 5S  untuk produktiviti, kualiti dan penjimatan kos
2.2 Sumbangan 5S untuk disiplin dan moral pekerja
2.3 Sumbangan 5S untuk keselamatan dan imej organisasi

Modul 3: Applikasi 5S di tempat kerja

3.1 Latihan 5S
3.2 Applikasi 5S
3.3 Praktis dan penyeliaan 5S

Modul 4: Audit dan penambahbaikkan

4.1 Persediaan untuk pengauditan
4.2 Pengendalian Audit 5S
4.3 Tindakan penambahbaikkan

Methodology:
Syarahan
Persembahan powerpoint
Interaksi/ tugasan kumpulan
Kajian Kes

Who Must Attend:
Pengurus, Eksekutif, Jurutera, Pegawai, Penyelia, Ketua bahagian, kerani dan staf-staf yang yang mempunyai tanggung jawab dan kepentingan untuk mempraktikkan prinsip-prinsip 5S demi menbangunkan persekitaran kerja di dalam sesuatu organisasi.
Investment Fees:
RM954.00 (Including 6.00% Service Tax) per participant (Standard Fee)
RM742.00 (Including 6.00% Service Tax) per participant (Early Bird Fee, register by 20 August 2021)

Group incentive: Register 3 participants from the same organization, the 4th participant is FREE. (Buy 3 Get 1 Free)
Registration:
There are 3 methods to register for this training:
  1. Kindly click here for online registration. Register Now.
  2. Kindly download this registration form, and fill up all the particulars. Please fax back to +6-03-6270-9993. Click here to download Registration Form (177KB).
  3. Call us to register. Tel: +6-03-6270-9883.
Notes:
This Training Programme is SBL-Khas Claimable *Subject to PSMB conditions.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)We Are An Approved Training Provider Under SBL-Khas With Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRD Corp)